Nilai simbolik candasan gelagah boleh dilihat dari sudut pantang larang yang dikenakan kepada si pembuat candasan.
Nilai simbolik candasan gelagah boleh dilihat dari sudut pantang larang yang dikenakan kepada pembuat candasan. Pantang larang dalam membuat candasan ialah orang lain tidak boleh menegur pembuat candasan. Ini ditakuti perhatian pembuat candasan akan teralih lantas menyebabkan sukatan-sukatan tertentu berubah. Jika sekiranya hal tersebut terjadi, pembuat candasan terpaksa melakukan proses pembuatan candasan dari awal. Pantang larang lain yang dikenakan ialah hanya seorang atau dua orang sahaja dibenarkan membuat candasan. Setiap orang mempunyai kefahaman dan tahap kemahiran yang berbeza mengenai pembuatan candasan oleh itu perbezaan dalam kefahaman dan tahap kemahiran akan menimbulkan masalah. Atas alasan yang sama jugalah jika ada orang lain yang ingin turut serta namun tidak meyertai proses tersebut dari awal. Pertambahan tenaga dalam pembuatan candasan akan menyebabkan perbezaan dalam sukatan-sulatan tertentu ini kerana orang kedua tersebut tidak tahu menahu mengenai sukatan-sukatan candasan dari awal.
Nilai ekspresif pula boleh dilihat dari kualiti sesebuah candasan dan dari pemilihan jenis-jenis kayu yang digunakan.
Hanya orang yang yang betul-betul berkemahiran sahaja tahu membuat belibit (komponen penting dalam candasan). Jika corak belibit pada penggiling di tengah tidak bersamaan dengan corak belibit yang ada di penggiling kiri dan kanan mengakibatkan candasan tidak akan berfungsi. Hal tersebut terjadi kerana belibit yang berada di penggiling tengah merupakan penggerak utama penggiling yang berada di kanan dan kiri. Oleh itu, kualiti sesebuah candasan dinilai melalui pembuatan belibit. Jika candasan tersebut boleh berfungsi atau bergerak itu menandakan, candasan tersebut mempunyai kualiti yang baik. Manakala dari segi pemilihan jenis-jenis kayu pula kayu yang mempunyai batang yang keras dan berbuku-buku seperti Kulimpapa digunakan. Tujuannya ialah supaya candasan tersebut tidak pecah apabila digunakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan